Searching...

Cium Mulut Isteri Di Khalayak Ramai? Ini Jawapan Johan…


Ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung malam tadi, Johan secara spontan telah mencium bibir isterinya, Ozlyn sebelum naik ke pentas menerima trofi kemenangannya.
Tindakan yang dilakukan oleh Johan walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai komen di laman sosial. Ada yang tidak kisah dengan tindakan mereka, tapi ada juga yang mengkritik hebat.
Penyampai Era FM ini merasakan yang apa yang dia lakukan tidak langsung menjadi masalah kerana statusnya sebagai suami kepada Ozlyn.
"Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan," kata Johan.
Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.
"Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya lagi.
Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.
"Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni," kata Johan mengakhiri perbualan.

Bagi Lara, Johan tidak bersalah dalam hal ni. Yang bersalah adalah Oz yang terlalu seksi sehingga Johan tidak dapat menahan tingkah lakunya pada masa itu. Peace...V

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!