Sekitar awal bulan lalu, aktres Diana Danielle telah mencetuskan kontroversi apabila tampil berpakaian seksi untuk sebuah majalah hiburan.
Pelbagai kritikan diterima oleh isteri kepada aktor Farid Kamil ini dan rata-rata peminat nyata terkejut dengan imej seksi yang ditampilkan Diana menerusi majalah itu.
Jadi LARA ingat Diana akan serik dan cuba untuk tidak lagi mencetuskan kontroversi sedemikian. Tapi rupanya tidak.
Menerusi satu blog hiburan yang LARA baca awal pagi ini, Diana sekali lagi dilihat tampil seksi memakai baju dalam ala bikini berwarna kuning.
Walaupun dilapisi jaket putih di luar namun anak baju berupa coli yang dipakainya jelas kelihatan. Memang berani dan daring habis pakaian ibu beranak satu ini.
Penampilan Diana itu adalah untuk satu klip video memaparkan di balik tabir penggambaran wajah penghias majalah GLAM edisi Januari 2015. Nampaknya Diana Danielle memang benar-benar berani untuk sekali lagi berdepan kritikan.
Jika diimbas ketika awal kemunculannya, Diana Danielle masih menjaga batas dalam berpakaian dan tampil tidak terlalu seksi. Namun seiring dengan peningkatan usianya yang semakin dewasa, Diana kini mungkin sudah mempunyai pendiriannya sendiri berhubung imejnya.

0 comments:
Post a Comment