Searching...

(14 Gambar) GANAS! Lelaki Mengamuk Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong Guna 'Tow Truck',





PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki telah dilaporkan merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Pertama Sari, Pusat Bandar Puchong di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat menggunakan sebuah 'Tow Truck' setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.

Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.

Lelaki berkenaan bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan Tow Truck tersebut.



Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amuk lelaki berkenaan.

Menurut sumber lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat roboh disebabkan rempuhan oleh 'Tow Truck' berkenaan.

Lelaki berkenaan bagaimanapun sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. -Siakapkeli.com.my


Gambar Kejadian














0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!