Searching...

WAJIB BACA!!! NASIHAT IKHLAS PEMBACA FB UNTUK PASANGAN MEMPELAI REMAJA MOHD MUAZ DAN PASANGANNYA.

Admin terjumpa satu post dari seorang ibu di FB. Nasihatnya kepada adik Mohd Muaz dan pasangannya sangat menyentuh hati admin. Admin kongsikan untuk tatapan pembaca...


Credit to FB Pnut Syafinaz 

"Pengantin lelaki ini berumur 15 tahun, dan pengantin perempuannya 17 tahun. Sukar saya menebak perasaan sendiri. 

Kahwin muda memang digalakkan, tetapi kahwin terlalu muda sukar dijangka. Semoga anak-anak ini beroleh rahmat Allah dengan restu ibu bapa mereka.


Anak-anak pengantin muda, 

Jangan jadikan perkahwinan ini satu percaturan. jaga ikatan elok-elok, berkahwin untuk untuk suka-suka, Imam Syafie pun kahwinkan anak lelakinya bila cukup akil baligh, ia bukan salah, cuma di zaman moden kita ini banyak sangat dugaan dan cabarannya anak-anak. 

Jangan jadikan perkahwinan untuk sebagai penghalang dalam pelajaran, jadikan ia satu peransang untuk mencapai kejayaan. Dan andai kurang cemerlang, jangan jadikan ia juga alasan untuk tidak berjaya, ramai insan di dunia ini tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi kaya. Moga nasib menyebelahi kalian.

Tiada ibu bapa tidak doakan anak-anaknya, pasti juga ibu bapa kalian turut berdoa, makcik juga berdoa, agar kalian akan menjadi anak-anak yang membanggakan ayahbonda, dan bahagia sejahtera.







Buat anak-anak kita, Belajarlah tentang ilmu hidup dahulu dalam Universiti Kehidupan, ia ilmu amat berguna, dan perlu dipelajari hingga akhir hayat. Berfikir panjang sebelum bertindak, berfikir sedalamnya, jangan lukakan hati ayahbonda yang tersemat harapan berjuta. 

Hari pertama ayahbonda tahu kamu dalam rahim ibu, sudah terbayang dimatanya comelnya anakanda, mahu di didik sebaiknya, mahu menjadi orang berguna cita-citanya. Moga kalian bahagia. 

p/s saya tak kenal pasangan ini, cuma melihat-lihat posting di beberapa tempat dan saya jumpa fb pengantin lelaki ini. 

Dari stalk2 kat fb anak lanang ini (lelaki) dia nampaknya matang, dan Insya-ALlah moga dia mampu mengetuai keluarganya." 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!