Searching...

Hancur Hati Suami Berjaya Tangkap Isterinya Berasmara Dengan Lelaki Afrika



KUALA LUMPUR: Hancur lebur hati seorang suami apabila beliau telah menangkap dan melihat sendiri isterinya yang sedang bersekedudukan dengan seorang lelaki Afrika di sebuah hotel mewah sekitar Bukit Bintang, semalam.

Mangsa yang berumur lingkungan 50-an telah mengesyaki isterinya bermain  kayu tidak kerana selalu pergi ke Kuala Lumpur dan percaya isterinya itu berjumpa dengan lelaki tersebut.

Dia yang merupakan seorang kontraktor telah berpakat dengan dua orang anak saudaranya mengekori isterinya. Selepas mengetahui maklumat tepat tempat yg ditujui oleh isterinya beliau telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan meminta pihak polis mengiringinya ke hotel tersebut.

Pihak polis telah mengiringi beliau dan mereka telah menyerbu bilik hotel yang dikenalpasti tersebut pada pukul 2.30 pagi.

Beliau sebelum itu teah merancang lebih awal untuk menyiasat perkara tersebut dengan berpura-pura memberitahu isterinya yang dia terpaksa berangkat ke utara tanah air kerana urusan kerja.

Setelah itu beliau telah menukar kereta lain untuk mengelakkan dari dikesan dan memerhati gerak geri isterinya dari jauh dan telah melihat wanita tersebut keluar dari rumah.

Selepas isterinya keluar dia telah mengekori wanita tersebut hingga ke Kuala Lumpur. Selepas melihat isterinya mendaftar masuk hotel beliau telah begegas ke balai polis berhampiran untuk meminta bantuan sebelum membuat sebuan.

Setalah menyebu bilik yang dimmaksudkan beliau ternyata terkejut dan tekaannya selama ini tepat apabila melihat isterinya bersekedudukan dengan seorang lelaki Afrika dan lebih meluluhkan hatinya apabila melihat isterinya separuh bogel.

Selepas berjaya menangkap kedua-dua mereka dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lebih lanjut.

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(JAWI) telah mengesahkan kejadian ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).-Siakapkeli.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!