Searching...

BAPA TAK SENGAJA POTONG KAKI ANAK PEREMPUANNYA DENGAN MESIN RUMPUT



Seorang bapa tidak sengaja telah terpotong kaki anak perempuan yang berumur 18 bulan dengan mesin pemotong rumput yang sedang bermain disekitar beliau ketika sedang memotong rumput.

Roseanne Mendez telah kehilangan kaki beliau apabila terkena mesin tersebut dalam halaman rumah mereka di Fresno, California.

Encik Mendez yang menyedari kejadian berkenaan berlari ke rumah jiran berdekatan dengan penuh ketakutan dan meminta jiran Lisa Bertelsen untuk menghubungai 911.



''Saya berlari ke rumah jiran dan menyuruh mereka menghubungai 911 dan mendapatkan semula anak saya dan mengambil kaki yang terpotong tersebut untuk direndam bagi mengelakkan kerosakan." katanya.


 Gadis kecil diterbangkan ke Unit Pediatrik UC San Francisco dan kakinya telah disimpan dalam beg ais. Apabila dia tiba, doktor cuba memasang semula kakinya dengan mengambil masa yang agak lama.



Kanak-kanak itu sekarang stabil dan beransur pulih. Orang ramai telah melakukan kutipan untuk membantu membiayai kos pembedahan menyambung kaki tersebut.

Polis berkata, tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan 'aneh' dan tiada caj akan dibawa.-Siakapkeli.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!