Searching...

Sekurangnya 40 Mayat Mangsa QZ8501 Telah Di Bawa Keluar Dari Laut

Sekurangnya 40 Mayat Mangsa QZ8501 Telah Di Jumpai

Sekurangnya 40 Mayat Mangsa QZ8501 Telah Di Jumpai | Sekurang-kurangnya 40 mayat telah dijumpai dan dibawa keluar dalam misi pencarian pesawat AirAsia, QZ8501 oleh pihak Angkatan Laut Indonesia.


Kapal perang Indonesia itu dilaporkan telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir .

Menerusi BBC, mayat-mayat tersebut dapat di lihat bersama dengan serpihan pesawat bermula di Laut Jawa.

Bagaimanapun, sehingga saat ini belum ada pihak yang berani mengesahkan serpihan tersebut berasal dari pesawat. Pesawat berjenis Airbus A320-200 membawa 162 orang dari Surabaya ke Singapura dan hilang pada hari awal pagi Ahad.

Misi mencari dan menyelamat telah mencapai hari ketiga dengan daerah pencariandibahagikan kepada 13 zon di daratan dan lautan.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/lebih-40-mayat-dibawa-keluar-dari-laut-tentera-laut-indonesia-51230
http://sumsel.tribunnews.com/2014/12/30/setidaknya-40-mayat-penumpang-airasia-sudah-ditemukan - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/12/sekurangnya-40-mayat-mangsa-qz8501.html#.VKKV_ZiAFY

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!