Searching...

Kemasukan Ke Aliran Sains Tidak Harus Bergantung Sepenuh Kepada Peperiksaan

Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Pembangunan Lembaga Peperiksaan, Norzila Mohd. Yusof berkata, kemasukan ke aliran sastera atau sains untuk tingkatan empat tidak harus bergantung sepenuhnya kepada keputusan peperiksaan
Beliau berkata, soal itu sebaliknya perlu ditentukan oleh minat dan hasrat pelajar.
"Penentuan sama ada seseorang murid belajar dalam aliran sains atau sastera adalah diagihkan oleh pihak sekolah.
"Saya percaya tidak kira keputusan mata pelajaran Sains seorang pelajar ialah A, B atau C, dia boleh masuk aliran sains jika mempunyai minat yang dalam," katanya kepada Sinchew Daily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita bahawa ramai calon PT3 bimbang tidak dapat memasuki aliran sains kerana keputusan mata pelajaran Sains yang kurang memuaskan.
Mengulas keadaan itu, Norzila berkata, pengenalan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah supaya pelajar dan ibu bapa tidak terlalu mementingkan peperiksaan sehingga soal minat diabaikan.
Katanya, PT3 juga tidak harus dibandingkan dengan PMR kerana kedua-dua peperiksaan adalah amat berlainan.
"PT3 tahun ini akan dijadikan baseline data. Jika mahu juga melakukan bandingan, maka keputusan PT3 tahun ini harus dibandingkan dengan keputusan PT3 tahun-tahun selepas ini," katanya.- malaysiagazette

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!