Searching...

Pelajar Dedah Rahsia Kejayaan Mendapat 11A Dalam PT3.


IPOH: Seorang pelajar cemerlang PT3 dari sini hari ini teleh berkongsi Tips kejayaan memperoleh keputusan dengan menghafaz selain mengulang kaji pelajaran.

Pelajar tersebut Nurunnuha Muhammad Ismi dari Sekolah Raja Perempuan Taayah telah memperoleh 11A dan memberitahu dia akan ke sekolah awal pagi dan jika ada masa terluang beliau akan menghafal Al-Quran dan seterusnya akan mengulangkaji pelajaran.

“Saya akan bangun seawal pukul 5.30 pagi kerana waktu ini mudah untuk menghafal Al-Quran.

“Apabila kita mudah menghafal Al-Quran, mudah juga untuk kita mengulangkaji mata pelajaran sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolahnya pada hari ini.

Menurut beliau lagi, doa dan redha kedua ibubapa adalah awam penting kerana memerlukan keberkatan untuk cemerang dalam peperiksaan.

Beliau turut menekankan bahawa semangat serta dorongan dari ibubapanya membuatkan beliau rasa cukup bersemangat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran tanpa rasa jemu.

“Saya harap kejayaan yang saya perolehi hari ini dapat membanggakan keduaibu bapa saya,”katanya.-Siakapkeli.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!