Searching...

GEMPAR! Penumpang Tiba2 Buka Pintu Kecemasan Pesawat Nak Ambil Angin

Seorang penumpang yang dalam pesawat penerbangan domestik di China mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang lain apabila tiba-tiba membuka pintu kecemasan pesawat dengan alasan, mahu ambil udara segar.


Penumpang Jakun Buka Pintu Pesawat Untuk ‘Ambil Angin’, info, terkini, berita, sensasi,

Ketika itu, pesawat dinaikinya sedang bergerak atas landasan bagi mengambil posisi untuk berlepas.

Menurut laporan akhar South China Moring Post, penumpang-penumpang lain di dalam pesawat Xiamen Air dari Hangzhou ke Chengdu yang terkejut sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

Pasukan penyelenggaraan kemudiannya bergegas membaiki pintu kecemasan selepas insiden itu dan pesawat dapat berlepas mengikut jadual, menurut kakitangan Lapangan Terbang Hangzhou.

Dalam gambar yang dikongsikan penumpang, lelaki berusia kira-kira 40-an yang pertama kali menaiki pesawat dilihat meletakkan kepalanya keluar dari pintu kecemasan yang terbuka, dan para kru hanya mampu melihat perbuatannya itu.

Peristiwa Ahad lepas itu mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial dengan blogger berkata lelaki itu patut didenda, tetapi syarikat penerbangan tidak bercadang berbuat demikian.

Sumber : mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!