Searching...

Penipu Paling Durjana! Pungut Sumbangan Orang Ramai Guna Gambar Anak Orang Lain



Durjana! Itu kesimpulan yang sesuai menggambarkan situasi ini.
Mana taknya, demi mendapat wang dalam masa singkat dan mudah, ada sesetengah pihak sanggup menggunakan cara keji iaitu menipu dan mengekspoitasi insan lain.
Melalui satu entri yang dimuat naik oleh pemilik akaun Juliana Johor, satu kes penipuan membabitkan seorang individu yang menggunakan gambar anak saudaranya bagi tujuan memungut sumbangan, didedahkan.
Tulisnya, “Please alert semua kawan-kawan. Minta tolong sebarkan kes penipuan ini. Nama bayi dan nama bapa serta nombor akaun bank dalam gambar/ posting tersebut adalah fake.
“Encik Jasni adalah penipu. Dia bukan ayah kepada bayi tersebut. Tindakan polis akan menyusul.
“Bayi tersebut tu anak saudara saya dan anak kandung kepada adik saya (Juleily Johor). Boleh refer gambar dekat FB saya. Jika anda mempunyai maklumat tentang Encik Jasni boleh info terus kepada kami.”
1486928_10153715602344572_4350528006284211706_n
Sebelum itu, individu bernama Jesni memuat naik satu status di laman Instagram mendakwa bayi tersebut adalah anaknya dan memerlukan dana untuk merawat bayi tersebut.
‘Posting’ tersebut kemudiannya dikongsi oleh ramai pengguna yang bersimpati dan bertindak mahu membantu bayi yang kononnya sakit.
Tulisnya:
Salam. Saya sedang mencari dana untuk pembedahan (kali kedua) dan perubatan jantung anak OKU saya. Anak saya, Adrianna Juliana bt Mohd Jesni mempunyai masalah jantung berlubang (ada dua lubang) salur darah bercantum dan bocor.
“Anak saya pernah menjalani pembedahan pertama pada 2012. Doktor memberitahu anak saya perlu menjalani pembedahan kali kedua untuk menukar salur injap jantung yang bocor.
“Anak saya perlu pergi temu janji setiap 3-6 bulan sekali. Saya amat memerlukan dana perubatan termasuk kos pengangkutan, tempat tinggal, makan dan minum.”
Pemilik akaun tersebut juga meletakkan nombor akaun Maybank miliknya buat pihak yang ingin membantu ‘meringankan bebannya’ serta gambar bayi yang dicurinya bagi tujuan meyakinkan orang ramai.

Diharapkan, individu yang menggunakan nama Jesni itu dapat dicekup dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa. Kerja tak nak, tapi nak hidup senang menggunakan hasil titik peluh orang lain! – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!