Searching...

AZWAN ALI: KEPADA SEMUA PENENTANG NAJIB, MEREKA SEMUA BERADA DI BAWAH TAPAK KAKI SAYA


Kepada kepada portal Media Hiburan, Azwan Ali menganggap tindakan lelaki yang mengugut mahu menumbuknya di laman Instagram itu sebagai biadab!

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadab! Menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak saya yang dijamin di bawah perlembagaan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen.

"Jadi, kepada semua pihak yang menentang pentadbiran Perdana Menteri, Najib, mereka berada di bawah tapak kaki saya," katanya.

Jelas Azwan, beberapa tahun yang lalu dia hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan segala fitnah yang tersebar di laman sosial.

"Tetapi saya bersyukur, saya telah kembali berpihak kepada kerajaan kerana selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia mahupun di luar negara," kata yang juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang sebaik saja menerima ugutan tumbuk di laman Instagram kelmarin.

Dalam pada itu, Azwan Ali berterima kasih kepada pihak polis kerana mengambil serius terhadap kesnya.

"Kepada suspek berkenaan dan semua yang cross Instagram saya sebagai anti Perdana Menteri, tolonglah bermuhasabah diri sebelum meringkuk di dalam penjara. Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.

"Azwan Ali hanya takut kepada Allah SWT, dan tidak perlu mengungut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya.

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa meluatnya terhadap kenyataan Azwan Ali ini kerana bersikap hipokrit dan pengecut.

"Eleh, baru kena ugut tumbuk dah takut. Yang dia hari-hari maki hamun orang di Twitter dan Instagram tu, kalau orang buat report/saman, masak kau Azwan," katanya. - SUMBER

SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!