Searching...

CERITA REMAJA JADI JANDA PADA USIA 15 TAHUN


UMURNYA baharu sahaja 15 tahun, namun sayang seribu kali sayang apabila dia sudah pun memegang rekod gelaran ‘janda’ pada usia yang dianggap masih lagi begitu muda.

Paling menyayat hati, remaja perempuan berasal daripada Marang, Terengganu ini diceraikan dengan talak tiga iaitu tidak kurang setahun setelah disatukan hanya menerusi satu panggilan telefon.

Tidak pasti apakah puncanya, namun apa yang dapat disimpulkan mereka sudah tidak sehaluan lagi untuk hidup bersama melayari bahtera mahligai rumahtangga sehingga ke akhir hayat.

Bercerita mengenai kisah remaja malang ini, dia dinikahkan dengan kekasih hatinya yang berusia 30-an pada 12 September tahun lalu sebelum didakwa diceraikan dengan talak tiga pada 23 Julai lepas.

Tarikh tersebut secara kebetulan jatuh seminggu sebelum umat Islam di seluruh negara bergembira menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut ibunya, walaupun pahit menerima kenyataan yang menimpa anaknya itu, namun dia tetap reda dan beranggapan semuanya pasti mempunyai hikmah tertentu di sebaliknya.

“Siapa tidak sayang anak. Terjadi pula perkara macam ini dalam usia masih muda, memang saya sedih. Namun saya pesan kepada anak agar sentiasa tabahkan hati, kerana usianya masih muda dan banyak lagi perlu dia belajar.

“Kejadian ini diharap memberi pengajaran kepadanya dan anak-anak saya yang lain. Dia juga sudah berhenti sekolah sebelum berkahwin. Selepas bercerai dia kini tinggal bersama saya serta adik-beradiknya.

SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia kini baru 15 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan meskipun bergelar janda dalam usia sangat muda.

“Saya juga berharap perkara ini sudah selesai dengan baik dan mereka berdua dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan baik. Saya juga meminta masyarakat tidak pandang serong terhadap anak saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita yang memiliki 10 anak ini mengakui dia sebenarnya mengetahui punca keretakan rumah tangga anaknya namun memilih untuk tidak mendedahkan demi menjaga hati banyak pihak.

Pada masa yang sama, dia berharap moga kisah anaknya menjadi pengajaran buat anaknya dan orang ramai khususnya golongan remaja yang bercinta di usia muda.

Bahawasanya bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga, kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi selain perlu matang dalam membuat setiap keputusan. – SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!