Searching...

Penyewa Jual Rumah Homestay RM150 000 !!! Gilerlah



Gambar rumah kiri, hiasan

Nampaknya, pengusaha 'Homestay' perlu lebih berhati-hati selepas ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab 'menjual' rumah mereka di laman Mudah.my.

Seorang pengguna Facebook, Rafi Ahmad, mendedahkan seorang rakannya, pengusaha 'Homestay' dianiaya oleh seorang penyewa yang tidak bertanggungjawab dengan menjual rumahnya itu dalam laman Mudah.my, kononnya, rumah itu milik dia.

"Hati-hati yang buat bisnes homestay. Ada binawe tu sewa homestay kawan tu selama seminggu, pastu dia 'jualkan' homestay tu kat mudah.my kununnya rumah dia.

"Binawe tu amik cengkeram RM15K dari interested buyer kunun nak rumah kena bayar deposit, sebab ramai orang nak beli. 

"Ia lah, rumah harga RM300K, dijual dengan harga RM150K aje, mana orang tak kelam kabut dibuatnya?

"Bagi kunci rumah pada owner baru dan kata dia akan balik dalam 3 - hari lagi selepas uruskan dokumen dengan lawyer.

"Terus tak balik. Hati-hati pada perkara-perkara 'too good to be true,'" katanya.

Orang ramai dinasihatikan menyelidik latar belakang sebuah rumah dulu sebelum membelinya. Laman jual beli Mudah kini tidak lagi boleh dipercayai lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan penjualan hartanah. Hati-hati semua. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!