Searching...

GAMBAR PENGANTIN BARU SOLAT JADI VIRAL, KEDUDUKAN TAK BETUL DAN KETAT SANGAT



RIUH jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.

Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.

Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya fitnah mata.

Bak kata seorang netizen yang memberi komen pedas terhadap gambar itu.

“Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja,” ulas seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Wan Mohamad Fadhli.


SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI
Bukan niat kami untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini adalah sebenarnya merupakan pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita semua bersama.

Di dalam tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami.

Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.

Seperti mana gambar ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz Don mengenai kedudukan untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.




Perkara ini turut dijelaskan lagi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi pertanyaan yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan solat jemaah antara suami dan isteri.

Semoga kita semua mendapat pengajaran bersama. – SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!