1. Tidak Pernah Jujur Dengan Apa Yang Anda Inginkan
Organ vagina lebih rumit jika dibandingkan dengan penis. Oleh sebab itu, ramai wanita tidak merasakan ketika penis masuk dalam proses tusukan atau penetrasi. Faktanya, hanya 15 hingga 20 peratus wanita sahaja yang memiliki vagina cukup sensitif ketika penis memasuki liang vagina. Namun begitu, wanita secara umumnya tidak berani untuk menyampaikan perkara ini kerana takut di anggap kurang berpengalaman. Jangan berbohong di depan pasangan dan menganggap dia akan sedar dengan sendiri bahawa anda tidak menikmati hubungan seks tersebut kerana perkara itu tidak akan pernah terjadi. Komunikasi sangat penting untuk mencapai kenikmatan bersama dalam hubngan yang romantik dan harmoni.
2. Tidak Tahu Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Hubungan Seks
Sebenarnya kaum lelaki tidak suka jika hanya mereka sahaja yang memainkan peranan ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, apatah lagi dengan pasangan anda?
3. Terlalu Banyak Berfikir Dan Dipertimbangkan
Terlalu banyak berfikir tentang bagaimana harus melakukan hubungan seks dengan jayanya hanya akan berakhir dengan tekanan dan panik. Ketika tubuh sedang bertentangan dengan otak, anda tidak akan pernah merasakan hasilnya. Tarik nafas dengan perlahan untuk mengendurkan otot dan releks sebelum melakukan hubungan seks.
4. Anda Mengalami Tekanan
Ketika melihat pasangan anda mengalami orgasme yang hebat, jangan jadikan ia sebagai satu beban. Tidak semua pasangan mencapai klimaks ketika melakukan hubungan seks. Apa yang lebih penting adalah anda rasai nikmat hubungan seks tanpa memikirkan sebarang masalah pun.
5. Tidak Merasa Seksi
Dalam bab melakukan hubungan seks, percaya pada diri adalah satu perkara yang sangat penting. Selalu berfikiran negatif akan membuatkan hubungan seks anda tidak seimbang dan tidak selesa. Untuk mencapai kepuasan seks, anda memerlukan 75 peratus imaginasi dan 25 peratus fizikal.
0 comments:
Post a Comment