Bagi Izara Aishah pula, dia meletakkan syarat untuk tidak terlampau terdedah apabila beraksi di layar perak. Sebelum ini Izara turut berkatabanyak juga produser mahu memberikannya watak atau adegan seperti dalam keadaan ro-g--ol dan berkemban dengan bayaran yang tinggi tetapi dia dengan secara tegasnya menolak dengan baik dan berbincang secara baik.
“Untuk Izara pula kalau adegan bersuami dalam sesebuah cerita lagi suka kalau kata adegan itu tidak perlu untuk bersentuhan atau tak payah pegang lelaki. Izara selesa kalau tak pegang semua itu, tapi tengoklah keadaan jalan cerita tetapi tetap ada batasannya,” katanya.
Kredit Foto : www.flickr.com
“Ada yang tawarkan tapi mungkin mereka tidak tahu bahawa babak seperti adegan rogol atau berkemban memang Izara takkan buat. Banyak sangat cerita melayu yang suka sangat adegan rogol. Ada sesetengah mereka yang menawarkan harga yang tinggi untuk melakukan aksi tersebut. Tetapi saya berkeras menolaknya kerana itu adalah pendirian saya,” katanya. - CARI Infonet
0 comments:
Post a Comment