Searching...

Suspek Bunuh Bekas Tunang Bakal Digantung Sampai Mati Wooo




KLUANG - Lelaki yang dituduh membunuh bekas tunangnya sendiri di hadapan sebuah pasar raya, 10 April lalu, didakwa di Mahkamah Majistert hari ini.

Tertuduh, Muhammad Irshahuddin Khalis Nasurudin, 23, yang tidak diwakili peguam itu hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Nuruhuda Yusof.

Irshahuddin didakwa membunuh bekas tunangnya, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dengan menikam badan mangsa dengan pisau pemotong sayur di perkarangan parkir motosikal di pasar raya Econsave, Kluang, pada jam 5.45 petang.

Di atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Norafia Saini.

Mahkamah menetapkan kes akan disebut semula pada 26 Mei depan.

Tertuduh sebelum itu berjaya ditangkap oleh pihak polis semasa cuba melarikan diri ke Indonesia dengan menyewa sampan. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!