Pelakon baharu dalam industri seni tanah air, Nazrief Nazri mengejutkan ramai apabila beberapa keping fotonya yang tampil hanya berseluar dalam tersebar menerusi media sosial.
BARU-BARU ini, seorang pelakon baharu dalam industri seni tanah air, Nazrief Nazri mengejutkan ramai apabila beberapa keping fotonya yang tampil hanya berseluar dalam tersebar menerusi media sosial.
Ia bukan sahaja mengejutkan ramai peminat kerana ‘keberanian’ untuk tampil lebih daripada separuh bogel di khayalak, malah tidak kurang juga yang mengkritik atas tindakannya yang tidak sensitif malah berani memperjudikan masa depannya dalam bidang lakonan.
Nah, anda lihat sendiri foto-foto Nazrief dalam satu acara peragaan pakaian dalam.

Tak lama selepas ia menjadi isu panas, Nazrief tampil membuat penjelasan sendiri berhubung isu tersebut lantas mengakui kesilapannya.
Pemilik nama penuh Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 24, berkata, dia terpaksa melakukan peragaan tersebut kerana tidak mahu merosakkan majlis yang sedang berlangsung.
Namun, pertunjukkan tersebut bukanlah dibuat baru-baru ini tetapi tiga tahun lepas yakni sebelum dia terlibat dalam industri lakonan.
Bercakap kepada portal MStar, Nazrief berkata, “Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni.
“Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.
SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI
“Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.” Tambah pelakon drama Suami Sebelah Rumah dan Cinta Ibadah itu, dia mengakui terlalu mentah ketika mempersetujui tawaran tersebut lantas tidak berfikir panjang kesannya pada masa depan.
“Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.
“Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.”
Dalam pada itu, dia turut meminta agar peminat tidak menghukumnya atas isu tersebut dan memberi peluang supaya dia dapat membuktikan bakatnya sebagai aktor. – MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment