Searching...

AKIBAT KESILAPANNYA BERKONGSI HADIS PALSU DULU, DATUK DR. MOHD. FADZILAH KAMSAH TAMPIL MEMBUAT PERMOHONAN MAAF


AKIBAT kesilapannya berkongsi hadis palsu sebelum ini, penceramah terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah tampil membuat permohonan maaf kepada netizen menerusi Internet.

Melalui laman sosial Facebook rasminya, Dr. Fadzilah turut mengharapkan agar individu tidak bertanggungjawab tersebut diampunkan Allah S.W.T atas tindakannya itu.

Berikut merupakan kenyataan yang dimuat naik Dr Fadzilah di laman sosial tersebut.

“Peringatan kepada semua sahabat yang telah dapat hadis ni daripada update saya yang lalu:

“Hadis ini palsu, kedustaan yang dibuat-buat dan dinisbatkan kepada Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wasallam, puterinya Faatimah, melalui sahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhuma.

“Perkataan semacam ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadis ahlussunnah yang ternukil dengan sanad sahih maupun dha’if. Oleh kerana itu selain palsu, hadis ini juga tidak ada asal-usulnya.

“Semoga mereka yang membuat-buat hadis ini segera bertaubat kepada Allah Ta’ala kerana sudah menyengaja berdusta atas nama Rasulullah, Faatimah dan Abu Hurairah.

“SAYA MOHON AMPUN & MAAF KERANA TELAH TERSILAP MENYEBARKAN HADIS PALSU. MOGA ALLAH AMPUNKAN SEMUA DOSA KITA YANG LALU. AAMIIN.”

Melalui hadis yang dikongsikannya itu sebelum ini, ia menceritakan tentang ganjaran buat isteri yang memasak untuk suami dan anak-anaknya, yang mana ia merekodkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada puteri kesayangan baginda;

‘Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dan bumi. (Abu Hurairah RA)’



Sementara itu, tindakan permohonan maaf yang dibuat Dr. Fadzilah turut mendapat perhatian daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin apabila beliau memujinya.

Malah, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Maza turut melihat sifat terbuka berkenaan harus menjadi ikutan teladan orang ramai.

“Saya ingin memuji sikap amanah dan jujur Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah atas status beliau ini.

“Sangat sedikit sikap seperti ini di zaman kini. Sikap mulia beliau ini patut dihormati dan dicontohi. Moga Allah merahmati beliau dan menambah ilmu beliau, demikian juga kita semua. Amin!” sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!