Searching...

AHMAD MASLAN YANG SERING MENGELUARKAN KENYATAAN KONTROVERSI DAN MENGUNDANG KEMARAHAN ORANG RAMAI “DIBOO”


Pontian – Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai “diboo” perwakilan kawasannya sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini.

Ahmad, yang juga timbalan ketua bahagian Pontian “diboo” hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka itu, sebaliknya menegur secara baik.

“Jangan boo beliau, beliau timbalan ketua bahagian kamu,” kata Muhyiddin selepas perwakilan menyorak “boo” kepada Ahmad semasa mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih menjadi menteri.

Malah, Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad juga menegur Ahmad secara terbuka semasa mesyuarat yang berlangsung hari ini dengan mengatakan Umno bukan parti untuk pengampu.

“Umno ini bukan pengampu,” katanya yang mendapat sorakan hebat daripada perwakilan, lapor The Malaysian Insider.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!