Searching...

BUDAYA K-POP MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENAKJUBKAN DI SEBUAH DAERAH DI UTARA MANIPUR DI INDIA


IMPHAL, Manipur - Budaya K-Pop mendapat sambutan yang menakjubkan di sebuah daerah di utara Manipur di India sehingga digelar 'A little Corner of Korea in India'.

Keadaan sosio-bodaya di kawasan terbabit boleh digambarkan sebagai seoul sejak pihak berkuasa tempatan mengharamkan tayangan filem Bollywood dan rancangan televisyen Hinda sebagai langkah menghapuskan pengaruh Indianisasi.

Majoriti besar penduduk di kawasan itu sudah mula beralih kepada budaya K-Pop dan menjadi peminat setia filem dan muzik dari Korea.

Budaya K-Pop mula menular di kawasan terbabit berikutan sebuah saluran TV tempatan, Arirang, menyiarkan rancangan dari Seoul yang bersiaran selama 24 jam.

Sejak dari itu, perminataan untuk program dari Korea semakin mendapat sambutan.

“Sejak tahun 90-an, filem-filem Hindi diharamkan di Manipur, ko­nonnya bagi memelihara budaya tempatan.


“Mereka berpendapat, filem Hindi melemahkan budaya dan tradisi masyarakat Manipuri,” kata seorang penulis, Mahita Kasireddi di laman web Yout Ki Awaaz.

Tambah beliau lagi, lagu Hindi juga tidak boleh dimainkan dalam mana-mana perhimpunan.

“Selepas itu rancangan televi­syen dari selatan India ditayangkan, tetapi kurang mendapat sam­butan,“ tambah Kasireddi.

Menurut seorang penyelidik sosial, Otojit Kshetrimayum dan Ningombam Vicotria Chanu, faktor utama yang menyebabkan budaya Korea popular di Manipur adalah hubungan rapat antara masyarakat Korea dan Manipuri yang mana kedua-dua mereka dari keturunan Mongoloid.

Seorang pendandan rambut tempatan, K S Gangphum berkata gaya rambut Korea biasa diminta oleh remaja-remaja di sini. Poster pelakon korea, Lee Min-ho, Kim Bum dan beberapa yang lain turut ditampal di dinding kedainya digunakan sebagai rujukan oleh remaja di sana. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!