Searching...

MENEMUI SEPUCUK PISTOL JENIS COLT 380 AUTO MUSTANG POCKETLITE KEPUNYAAN 2 BUDAK SEKOLAH

Sumber gambar: Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.

DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol.

Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murah Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban.

Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.



Sumber gambar: Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.

Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas.

Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang untuk disoalsiasat dan kes disiasat mengikut Akta 379 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung. SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!