Searching...

IKAN BERPUSU-PUSU MELOMPAT NAIK KE DARATAN.


BERIBU-ribu ikan kecil yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan dilihat berpusu-pusu melompat naik ke daratan.

Menerusi video yang dimuat naik pada 3 Ogos lalu, fenomena yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian ‘ikan menyerah diri’ ini dikatakan berlaku akibat peralihan air sejuk ke panas yang boleh menyebabkan haba dari mantel bumi bertindak lebih pantas berbanding kebiasaan.

Ikan di laut akan berlumba-lumba untuk naik ke atas daratan bagi mencari udara sejuk seperti mana kejadian yang sama juga dilaporkan pernah berlaku pada 2013 di persisiran pantai Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu.

Sebelum ini, ada yang beranggapan bahawa kejadian aneh ini merupakan petanda awal mengenai kedatangan bencana alam Tsunami.

Di mana kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 juga turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Namun perkara tersebut mungkin adalah kebetulan disebabkan tiada bukti kukuh bagi membuktikan kesahihannya.

Apa-apa pun, kita doakan tiada kejadian buruk yang berlaku dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang dapat kita fikirkan bersama.- SUMBER

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!