Searching...

CERITA LAMA : BUAT PELAKON BERWAJAH PAN-ASIA, DIANA DANIELLE


SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle yang kini disahkan hamil anak kedua.

Berita gembira ini dikongsikan oleh suaminya Farid Kamil yang juga merupakan pelakon dan pengarah terkenal.



“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki anak kedua ini.

“Sebagai bapa, saya sangat gembira dan teruja sama seperti ketika kelahiran anak pertama kami dulu.

“Kami memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua kerana anak pertama, Muhammad sudah berusia dua tahun,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia dan Diana tidak kisah akan jantina anak keduanya sama ada perempuan atau lelaki dan masih lagi belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi.

Jelas Farid, apa yang penting, setakat ini, Diana dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

Difahamkan, Diana juga sudah berehat dari aktiviti seni kerana ingin menjaga kesihatan kandungannya itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!