Pengalaman Mendebarkan Doktor Jadi Bidan Pelajar Tahun Lima | “Sejujurnya saya berasa sangat gemuruh.” Demikian cerita seorang doktor sebuah klinik di Bahau, Dr. Yee Mee Faa tentang pengalamannya menyambut kelahiran bayi lelaki daripada budak 11 tahun yang datang pada ke kliniknya Rabu lalu selepas mengadu sakit perut memetik Kosmo!
Mee Faa berkata, sebaik diperiksa, dia sendiri terkejut apabila mendapati murid tahun lima itu bakal melahirkan anak selepas air ketubannya pecah sehingga menampakkan kaki bayi.
“Disebabkan ambulans lambat tiba untuk membawa budak itu ke hospital, saya dibantu tiga jururawat di klinik dan saya terpaksa menyambut kelahiran bayi berkenaan. Proses kelahiran mengambil masa 20 minit.
“Biarpun ia satu pengalaman yang mendebarkan, namun saya bersyukur kerana ibu dan anak selamat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment