Searching...

KES KEMATIAN NGERI MELIBATKAN SALAH SEORANG PEKERJANYA YANG `DIMASAK’ DALAM KETUHAR


SAN FRANCISCO – Sebuah syarikat pengeluar tuna dalam tin, Bumble Bee Foods bersetuju untuk membayar sebanyak AS$6 juta (RM24 juta) sebagai penyelesaian kepada satu tuduhan jenayah.

Ia berikutan kes kematian ngeri melibatkan salah seorang pekerjanya yang `dimasak’ dalam ketuhar di kilang syarikat itu bersama dengan bertan-tan ikan tuna, lapor media Amerika Syarikat.

Penyelesaian tersebut merupakan rekod yang terbesar dalam sejarah negeri California melibatkan kematian pekerja akibat kemalangan ketika berada di tempat kerja.

Mangsa, Jose Melena, 62; meninggal dunia tiga tahun lalu di dalam ketuhar sepanjang 10 meter ketika ia membakar menggelegak pada suhu panas setinggi 270 darjah Celsius.

Kejadian berlaku selepas seorang rakan sekerjanya menyangka Melena masih lagi berada di dalam tandas lalu terus memanaskan ketuhar yang kebetulan berisi enam tan tuna dalam tin.

Ketika itu, Melena yang juga bapa kepada enam anak dilaporkan sedang membaiki ketuhar berkenaan. Mayatnya ditemui dua jam selepas ketuhar itu dipadamkan api, disejukkan dan dibuka pintunya.

Menurut peguam daerah, Jackie Lacey, ia merupakan kematian yang amat teruk dan penah disaksikannya sepanjang mengendalikan 40 kes bunuh sadis dalam tempoh dua dekad.

“Saya rasa mana-mana individu, jika mereka terpaksa melalui kematian seumpama itu, akan memilih untuk ditembak atau ditikam berbanding dimasak perlahan-lahan dalam ketuhar.

“Anda memang keras hati jika anda tidak terjejas dengan cara kematian lelaki ini. Ia amat menakutkan,’’ katanya.

Lacey malah berkata, beliau tidak dapat membayangkan sesuatu yang lebih buruk dalam kejadian melibatkan pelanggaran keselamatan nyawa pekerja itu.

Keluarga Melena pula akan menerima sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) namun ia tidak akan menghalang mereka daripada menyaman syarikat itu atau mendapat pampasan kematian. – SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!