Searching...

MERAMPAS BEG TANGAN MANGSA DAN KEMUDIANNYA MELARIKAN DIRI


SEORANG guru wanita di Johor berjaya mempertahankan dirinya dalam kejadian samun awal pagi semalam melibatkan kedai serbaneka 7-Eleven di Pagoh, Muar.

Menerusi video rakaman CCTV yang kini menjadi viral, suspek dilihat cuba merampas beg tangan mangsa namun guru terbabit sempat melawan sehingga menyebabkan suspek mengeluarkan sebuah objek seakan kayu besbal bagi menyerang mangsa.

Dalam pergelutan yang berlaku pada 6.42 pagi itu, suspek berjaya merampas beg tangan mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta Perodoa Myvi berwarna hitam.

Mungkin sangkaan suspek yang menyangkakan golongan wanita ini mudah untuk ditewaskan apabila bergelut namun situasinya sebaliknya berlaku apabila dia diasak dengan hebatnya oleh guru terbabit.

Dilaporkan guru berkenaan kerugian RM700 dan menerima tujuh jahitan di kepala.- SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!