ALHAMDULILLAH - HANEZ SURAYA KINI MULA BERHIJAB
"Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin," demikian doa Hanez Suraya selepas mula berhijrah memakai tudung.
"Subhanaallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Ya Allah, kuatkanlah aku dalam mengharungi hari-hari ku... kuatkanlah aku dalam menghadapi karenah manusia... janganlah kau biarkan titik hitam menular di hatiku... gagahkanlah aku dalam menjalani tugas dan amanah yang dipegang," tambahnya lagi melalui IG.
Untuk info, Hanez baru-baru ini telah menunaikan umrah bersama suaminya Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah. Mereka baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah kelmarin.
Klik gambar untuk size besar
"Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak.
"Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.
"Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"Biar saya perlahan-perlahan mengikut 'rentak' baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu... nampaklah," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.
sumber
0 comments:
Post a Comment