Searching...

Kantoi : Ibu Terjaga Tengah Malam, Terkejut Sedang Dirogol Anak Sendiri


Seorang ibu terkejut selepas terbangun dari tidur pada waktu malam dan mendapati anak lelakinya yang berusia 14 tahun sedang merogolnya.

Pada mulanya wanita itu menyangka ia satu mimpi ngeri namun apabila mendapati ia benar-benar berlaku, wanita itu menjerit ketakutan dan terkejut.

Anak wanita berkenaan yang mendakwa memang mempunyai tabiat memanjat katil ibunya bagaimanapun menafikan tuduhan rogol berkenaan.

Kisah ini didedahkan dalam satu perbicaraan di mahkamah. Menurut si ibu, anak lelakinya itu mengalami gangguan tingkah laku dan mula berkelakuan pelik sejak beberapa minggu sebelum ini.

Sementara itu, dalam video yang dirakamkan ketika siasatan dijalankan oleh polis, wanita itu memberitahu dia berasa takut dan menggeletar selepas insiden berkenaan.

“Saya hanya mengetahui mengenainya apabila saya membuka mata dan saya jadi kaku. Selepas dia meninggalkan bilik itu saya menutup muka dengan selimut dan menjerit sambil berfikir apa yang berlaku.

“Semua perkara masuk dalam fikiran saya. Adakah dia berjalan dalam tidur,” katanya.

Jelas wanita itu, anaknya juga kini menjadi agresif dengannya dan akan membaling selipar atau kusyen ke arahnya.

“Saya bimbang dengan anak saya, dan lebih bimbang lagi apa akan berlaku kepadanya,” kata wanita berkenaan.

Kes ini masih dalam proses perbicaraan.– MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!