Searching...

Motor Harley Davidson langgar bongkah kayu, pegawai SPR maut


Malang sememangnya tidak berbau, itu lah yang boleh di ungkapkan ajal dan maut di tangan tuhan.
Seorang penunggang motosikal berkuasa berkuasa tinggi maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat terlanggar bongkah kayu di Kilometer 342.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, Tapah pagi tadi.
Ketika kejadian 11.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45 maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan dalam perjalanan dari Permatang Pauh menuju ke Ibu Pejabat SPR Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson dipercayai terjatuh selepas terlanggar bongkah kayu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Alfatihah - MNH, DTR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!