Searching...

Punca Sebenar Guru & Pengetua Rampas Nasi Lemak 2 Pelajar




Heboh di laman sosial hari ini mengenai dua pelajar sekolah rendah kerugian RM17.00 apabila nasi lemak yang ingin dijual kepada rakan-rakan mereka dirampas oleh guru dan pengetua.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang itu mengundang respon netizen yang bersimpati dengan nasib dua pelajar berkenaan.

Difahamkan, nasi lemak yang dibawa oleh dua pelajar terbabit adalah nasi lemak yang dipesan oleh rakan sekelas mereka. 

Nasi lemak itu dipercayai dibuat oleh ibu mereka dan dijual pada rakan sekelas bagi menampung wang persekolahan mereka, atau mungkin bagi membantu meringankan beban hidup keluarga yang didakwa terkesan dengan GST.

Namun, selepas habis waktu persekolahan, pengetua sekolah memulangkan nasi lemak yang dirampas. Menyebabkan nasi lemak itu telah basi dan merugikan dua pelajar yang dipercayai adik beradik tersebut.

Kisah itu dimuat naik oleh Izham Ibrahim, AJK Kongres Melayu Pulau Pinang yang mempertikaikan kewajaran tindakan guru perempuan dan pengetua sekolah terbabit.

"Macam mana yang dinamakan pengetua dan guru sebagai pendidik jika tidak punya sifat perikemanusiaan dan belas ehsan terhadap dua murid tersebut yang mungkin keluarga mereka dari golongan yang serba kekurangan?" soalnya.

REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah rendah Di daerah Barat Daya,Pulau Pinang. Amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh seorang guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut
yg mungkin menbantu meringan beban hidup
keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindak Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana Yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan
Dari FB Izham Ibrahim
AJK KONGRES MELAYU PULAU PINANG

Kisah itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan respon negatif terhadap guru dan pengetua terbabit.

"Sebab pengetua dan cikgu itu tak pernah merasa hidup susah. Bila dah senang, macam itulah jadinya. Kesian adik-adik ni nak membantu keluarga pun tak boleh. Bukannya luak gaji cikgu-cikgu itu pun," kata mereka.

Bagaimanapun, ramai yang tidak faham, ada sebab mengapa guru perempuan dan pengetua terpaksa merampas nasi lemak tersebut.

Seperti mana yang diketahui, setiap sekolah mempunyai kantinnya sendiri dimana pengusaha kantin berkenaan telah mendapat sijil-sijil yang wajib berkaitan menyediakan dan menjual makanan kepada pelanggannya oleh Kementerian Kesihatan.

Setiap pengusaha kantin sekolah diwajibkan mengambil sijil-sijil berkaitan termasuklah suntikan Typhoid. Segala aspek kebersihan, halal juga perlu dipatuhi. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti keracunan makanan, makanan tercemar dan lain-lain.

Tindakan guru terpaksa merampas makanan yang dijual oleh pelajar juga adalah bertujuan mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Ini kerana, jika berlakunya keracunan makanan (contoh), pihak sekolah tidak dapat mengambil tindakan terhadap ibu bapa pelajar yang menyuruh anak mereka menjual makanan di sekolah berbanding dengan pengusaha kantin yang dapat dikenakan tindakan undang-undang.

Jika terjadi perkara sebegitu, ibu bapa pelajar lain yang keracunan makanan pula akan menyalahkan pihak sekolah kerana 'membenarkan' pelajarnya 'berniaga' di sekolah. Maka pihak sekolah pula yang perlu 'menjawab' pertuduhan itu yang nescaya tidak akan berkesudahan dan berpanjangan sehingga pihak penjualnya dikenakan tindakan. 

'Masalah berantai' yang dinyatakan di atas menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati menjual makanan dalam kelas.

Guru atau warga pendidik tidaklah sekejam/sezalim seperti yang orang sangkakan. Mereka juga pernah merasai hidup susah dan juga seperti rakyat biasa. Namun, menyuruh anak sendiri menjual makanan di sekolah dengan alasan menampung duit poket sekolah atau meringankan bebanan keluarga adalah tidak boleh diterima kerana ini melibatkan keselamatan makanan anak-anak kita di sekolah.

Cara guru dan pengetuanya merampas makanan tersebut dan membiarkan makanan itu basi juga tidak patut. Sewajarnya pihak sekolah menelefon ibu pelajar terbabit serta memberikan peringatan agar tidak mengulangi perkara itu kerana pihak sekolah tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan para pelajar yang lain. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!