Beliau turut memuat naik dua keping gambar dengan imej baharu dan ia mendapat pujian serta kata-kata positif pelbagai pihak yang meninggalkan komen di laman Instagram Yana.
Suami Yana, Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembiranya dengan perubahan positif yang diberikan oleh isterinya itu.Beliau ternyata bersyukur dengan tindakan yang dibuat oleh Yana.
"Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab.
"Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi," kata Fadzil ketika dihubungi BH Online.
Yana dan Fadzil selamat diijabkabulkan pada 13 Februari lalu di Pekan Yong Peng, Johor. -Sumber
0 comments:
Post a Comment