Searching...

(4 GAMBAR) KRONOLOGI KES KEJADIAN PENJAWAT AWAM DISERANG DI PUTRAJAYA



KRONOLOGI KES

16/1/2015 - 7.00 PETANG

Mangsa yang berada di pejabat mendapati lampu di bahagiannya (tingkat 24) mengalami ‘blackout’. Mangsa kemudian menghubungi pihak maintanance dan memaklumkan perkara itu.


7.30 PETANG

Suspek telah naik ke tingkat tersebut dan membuat pemeriksaan. Suspek memaklumkan, lampu tidak dapat diperbetulkan.

Memandangkan keadaan di dalam pejabat gelap gelita, mangsa meminta suspek menemaninya mengambil barang di tempatnya kerana mahu balik selepas tidak dapat meneruskan kerjanya. 

Dalam perjalanan mengambil barang mangsa (3 meter dari pintu utama), mangsa telah dipukul di bahagian kepala sebelah kiri (suspek kidal) menggunakan ‘adjustable’ menyebabkan mangsa jatuh dan menjerit. 

Jeritan mangsa membuatkan suspek terus memukul mangsa dan mangsa sempat merayu, 

“Jangan bunuh aku!”

Suspek tersedar dan membiarkan mangsa lari ke tingkat bawah.

Sampai di bahagian lobi, mangsa menuju ke arah kafeteria bangunan berkenaan dan meminta pertolongan orang yang berada di kafe tersebut.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek yang berusia 21 tahun itu cuba menyamun mangsa berusia 31 tahun, atas alasan tekanan hidup.





sumber:kachipemas.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!