Searching...

Peralatan James Bond Untuk Meniru Dalam Peperiksaan Oleh Pelajar China

Berjuta pelajar Sekolah Tinggi di China menduduki Ujian baru-baru ini telah ditangkap bersama peralatan-peralatan canggih yang diubah suai.



Di Shenyang, seorang pelajar telah ditangkap kerana memakai cermin mata  khas yangakan menghantar gambar hitam putih soalan peperiksaan tersebut kepada rakan di luar. Pelajar tersebut akan mengaktifkan kamera dengan menggunakan alat kawalan jarak jauh berupa seperti duit syiling. Jawapan akan dihantar oleh rakan pelajar tersebut.




Di Sichuan, 40 pelajar telah ditangkap kerana menggunakan pen canggih yang mempunyai kamera kecil dan jawapan akan diterima oleh mereka dengan menggunakan alat pendengaran telinga .
Peperiksaan Kelayakan Kemasukan ke Kolej, yang dikenali sebagai Gaokao, adalah merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar-pelajar di negara China.
Ujian tersebut akan menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi di sana. Polis akan bertugas mengawal sekitar pusat peperiksaan, dan orang ramai yang membuat bising di situ akan dikenakan denda atau saman.
sumber: says

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!