Searching...

Terima Kasih Kerana Video Ini Telah Redakan Kerisauan Keluarga Mangsa Banjir

SELEPAS sekian lama tertanya-tanya mengenai nasib bapa saudaranya yang terlibat dalam bencana banjir di Dabong, Kelantan, seorang pengguna Facebook bernama Choaheyo Chingu boleh menarik nafas lega apabila video ucapan bapa saudaranya itu viral di laman sosial.
Ia dimuatnaik oleh saudara Mohd Hanafi Abu Bakar dan kemudiannya dikongsikan sebanyak 1,830 kali di laman sosial itu.
Video Viral Ini Redakan Kerisauan Keluarga Mangsa Banjir
Choaheyo Chingu yang berada di Kuching, Sarawak menerusi ruangan komen memberitahu, sebelum ini saudara-mara mereka tidak dapat menghubungi bapa saudaranya itu sejak bencana banjir berlaku.
Menurutnya, mereka semua berasa cukup risau kerana tidak dapat mengetahui keadaan keluarga bapa saudaranya itu.
Video Viral Ini Redakan Kerisauan Keluarga Mangsa Banjir
Apapun, kami kagum apabila menonton ucapan bapa saudaranya yang jelas reda dan tabah dengan dugaan yang menimpa negeri mereka.
Musibah seperti inilah yang sebenarnya menguji sejauh mana kuatnya iman seseorang dalam menghadapi ujian-Nya.. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!