Searching...

Ramai Terpegun Kehebatan Persembahan Caliph Buskers Ganti Aweera Mojo

Caliph Buskers Azmi Saat

Caliph Buskers Ganti Aweera Mojo Di AJL29 Kini Trending. Azmi Saat dari Caliph Buskers yang merupakan insan istimewa cacat penglihatan bakal ganti tempat Aweera untuk Mojo di AJL29 malam ini!

Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia untuk membawakan lagu Romancinta daripada Mojo di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) sudah pun terjawab. 

Penyanyi tersebut adalah Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan. FB mereka boleh dilayari di SINI






Tindakan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry ABdul Halim memilih Azmi Saat untuk menggantikan tempat Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia itu memang satu keputusan yang tidak diduga. 

Namun, pada masa yang sama, pemilihan Azmi Saat itu adalah satu tindakan yang cukup berani dan menarik. Malah, ia mampu mencipta sejarah tersendiri di dalam penganjuran AJL selama ini. 
Menariknya, Edry tidak membiarkan Azmi Saat berseorangan bersama Mojo di atas pentas, namun Edry turut memberi peluang kepada anggota Caliph Buskers yang lain untuk turut sama beraksi di atas pentas - Murai.com.my



Caliph Buskers Mojo Lagu Romancinta AJL29
Video Persembahan Caliph Buskers Mojo Lagu Romancinta AJL29. Caliph Buskers yang merupakan insan istimewa cacat penglihatan kini menjadi trending di laman sosial. Caliph Buskers yang menggantikan Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia telah memberikan persembahan menakjubkan ketika membawakan lagu Romancinta daripada Mojo di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) malam ini. 

Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers adalah sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan. 



Video Caliph Buskers Mojo Lagu Romancinta AJL29

Facebook Caliph Buskers mereka boleh dilayari di SINI


Assalamualaikum & Salam hormat.
Hari ini 18 Januari 2015 merupakan detik bersejarah buat Caliph Buskers kerana diberi kepercayaan dan peluang oleh Abg. Edry Abdul Halim untuk membawakan lagu Romancinta.
Kami akan berkolaborasi bersama kumpulan Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu malam ini. Vokalis Caliph Buskers, Sdr. Azmi Saat akan menyanyikan lagu berkenaan dan anggota yang lain akan bersama untuk mengiringi muzik persembahan.
Mohon doa dan sokongan semua untuk kami bagi kelancaran dan mutu persembahan kami.
Semoga kami dapat menterjemah persembahan yang terbaik. InsyaAllah.
Terima kasih.


- rossacalla.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!