Searching...

Tips Selamatkan Dokumen Kertas Terkena Banjir

Ketika banjir melanda, antara perkara yang utama perlu di selamatkan terlebih dahulu adalah dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, sijil kahwin serta sijil-sijil lain yang penting. 

dokumen%2Bkertas%2Bterkan%2Bair%2Bbanjir

Namum bagaimana pula, jikalau kita tidak sempat hendak menyelamatkan semua dokumen penting ini, yang paling utama selamatkan nyawa terlebih dahulu

Jangan risau, sebenarnya dokumen penting yang terkena air banjir ini masih boleh diselamatkan selagi ia tidak koyak atau hancur lebur. Malah jika ia telah berselut sekalipun, kertas itu masih boleh diselamatkan.

Mungkin ada kertas yang bernilai, dan tiada tukar gantinya untuk ditunjukkan kepada anak cucu nanti. Jadi Ia masih boleh diselamatkan.

Tips Membaikpulih Kertas Terkena Banjir.

Ini adalah cara yang paling senang dan simple. Sebab hanya melibatkan kertas sehelai sahaja. Jadi kerjanya tidak rumit berbanding kertas yang sudah dijilid menjadi buku.

1. Ambil kertas yang terkena air tadi dengan cermat, agar ia tidak koyak.

Jika ada selut yang melekat pada kertas itu, cuci dengan air, buat dengan lembut agar kertas tidak hancur.

2. Kertas yang sudah dibasuh tadi, kita tekapkan dengan kertas putih seperti kertas A4 atau A3, kertas tisu yang pun boleh tapi nak kena ada banyak.

Tujuan dia adalah untuk menyerap air daripada dokumen penting kita tadi. Namum selalunya pakar akan menggunakan 'blotting paper', kertas khas yang menyerap air.

3. Kemudian gosok kertas tadi menggunakan sterika. Gosok sehingga kertas kita itu kering. Pastikan kertas yang digosok tadi telah dilapis dengna sehelai kertas yang lain.

4. Selain mengunakan sterika, kita juga boleh biarkan kertas itu kering dengan sendiri atau dipasang kipas angin.

Tapi ingat jangan jemur dibawah terik matahari kerana akan merosakkan kertas itu pula.


Semoga tips yang tak seberapa ini dapat membantu mangsa banjir yang mahu menyelamatkan apa sahaja dokumen yang penting.

sumber : bloggerlelaki.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!