Searching...

Tauke (Jambu) Padam Gambar Ferrari Mahu Jaga Hati Zizan


Tauke (Jambu) Padam Gambar Ferrari Mahu Jaga Hati Zizan | PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta Ferrari yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan kontroversi melibatkan pelawak itu dengan Emma Maembong menjadi semakin parah. 


Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Zizan mengakui hubungan cintanya dengan Emma Maembong berakhir kerana kedegilaannya untuk memiliki sebuah kereta mewah yang dihalang oleh kekasihnya itu.

Bagaimanapun Emma dalam satu status di Twitter miliknya pada Jumaat seolah-olah mempersoalkan kenyataan Zizan mengenai kereta itu sebaliknya meminta pelakon berkenaan menerangkan sebab sebenar hubungan mereka putus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, apabila menyedari kesilapannya itu dia telah pun memadam gambar berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Khamis lalu.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

"Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!