Searching...

Akibat Nak Kaya! Ahli Perniagaan Rugi RM 3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook

Seorang ahli perniagaan bersama ahli keluarga dan rakannya di lapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook. – Gambar Reuters, 14 Januari, 2015.

Seorang ahli perniagaan bersama kira-kira 50 ahli keluarga dan rakannya di lapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt Ee Khong Koy berkata lelaki berusia 33 tahun itu berurusan dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas dengan jaminan keuntungan lumayan. Beliau berkata mangsa menyedari telah tertipu selepas tidak dapat lagi menghubungi syarikat tersebut pada 9 Januari lalu.
"Pada peringkat awal urusan pembelian berlaku tanpa masalah dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakannya untuk membeli emas daripada syarikat tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, emas yang dijanjikan tidak diterima," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontigen Melaka hari ini.
Beliau berkata syarikat tersebut didapati mempunyai ramai ejen jualan di seluruh negara. – Bernama, 14 Januari, 2015.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!