Searching...

AG Ceritakan Kenapa Scha Al-Yahya Kurang Ceria dan Lesu Semasa AJL29

JIKA anda perasan, pengacara Scha Al-Yahya kelihatan agak lesu dan kurang ceria sewaktu mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), baru-baru ini.
Penampilannya itu sedikit sebanyak mencetuskan komen-komen negatif daripada penonton menerusi laman sosial sebaik sahaja acara tamat.
Menerusi Murai.com, pasangan pengacaranya, AG Hot FM memberitahu dia sebenarnya tidak menyedari perubahan pada Scha sehingga melihat maklum balas yang diberi penonton.
“Tapi bila orang perasan ada kelemahan pada dia pada malam itu, saya tidak tahulah apa sebabnya. Saya anggap mungkin dia ada masalah atau sedang runsing memikirkan anaknya di rumah atau sebagainya. Tapi terus-terang saya sendiri tidak tahu apa puncanya,” katanya.
Pada masa yang sama, dia mengakui terkejut dengan keputusan Scha untuk meninggalkan program Muzik-Muzik pada musim akan datang dan ia diketahuinya menerusi posting di Instagram.
Menurut AG, dia terus menghubungi rakan pengacaranya itu, namun dia hanya menjawab yang dia segan untuk berkongsi mengenai keputusannya itu.
scha ag
Hmm…tak mengapalah Scha. Kami percaya pengacara ini punyai sebab yang tersendiri untuk tidak lagi mengacara program tersebut.

Agaknya siapa yang bakal menggantikan Scha untuk Muzik-Muzik musim baru nanti ya? Sama-sama kita nantikan… – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!