Searching...

Cinta Lokasi Bawa Dingdong, Marian Ke Gerbang Perkahwinan

HUBUNGAN yang terjalin ketika menjalani penggambaran filem atau drama bukanlah satu benda baharu dalam industri hiburan.
Baik daripada selebriti dalam mahupun luar negara, malah ada yang kekal bahagia sehingga ke alam perkahwinan.
Yang terbaharu, pelakon popular dari Filipina, Marian Rivera dan Dingdong Dantes telah pun sah bergelar pasangan suami isteri selepas hampir lima tahun berkenalan di lokasi penggambaran telenovela Marimar pada 2007.
Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Immaculate Concepcion Cathedral, Quezon, baru-baru ini.
Selepas Marimar, pasangan serasi itu sekali lagi digandingkan dalam beberapa siri televisyen lain termasuklah telenovela Dyesyebel pada 2008.
Pada majlis resepsi mereka, kek pasangan tersebut telah diiktiraf sebagai kek perkahwinan paling besar di dunia.
marian6
Rekod kek yang dibina secara tiga dimensi (3D) dengan ketinggian 3.6 meter itu memerlukan lebih daripada 10 orang lelaki dewasa untuk mengangkatnya. -MYNEWSHUB.CC

marian1

marian2

marian3

marian4
marian5

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!