Searching...

Cikgu Kreatif jadikan JDT Tema Hiasan Bilik Darjah



Hebat cikgu kelas ni... Setiap meja murid di kelas 5 Arif SK Seri Pasir Batu Pahat ini telah dihiasi dengan logo pasukan bola sepak pasukan Johor Darul Takzim dengan Slogannya Luaskan Kuasa Mu Johor!


Kreativiti guru yang menghias bilik darjah ini harus dipuji kerana hiasan yang cantik akan menarik minat murid untuk belajar dalam kelas kerana persekitaran yang kondusif dan ceria.



Di samping itu guru kelas ini nampaknya turut menanamkan semangat patriotik terhadap engeri Johor secara tidak langsung dan semangat kesukanan yang tinggi engan pemilihan tema JDT ini.



Tahniah kepada guru kelas ini yang sanggup berbelanja demi keceriaan bilik darjah. Memang kebanyakan sekolah rendah di negara kita bilik darjahnya sangat ceria dengan hiasan-hiasan berwarna-warni bagi menarik minat murid-murid belajar.

Namun begitu diharapkan murid-murid kelas ini akan dapat menjaga hiasan-hiasan dalam bilik darjah ini sehingga hujung tahun kerana rasa-rasanya kelas anda sahaja yang mempunyai hiasan yang unik sebegini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!