Searching...

Seorang Jurutera Kapal Selam Yang Berumur 27 Tahun Yang Menyambut Harijadinya Pada Hari Yang Sama

Kota Bharu, KelantanMohamad Faris, seorang jurutera kapal selam yang berumur 27 tahun yang menyambut harijadinya pada hari yang sama, berkahwin dengan Nurul Azminah dari Kubang Pasu yang  merupakan salah satu tempat banjir di daerah Kota Bharu yang kini berumur 23 tahun. Ini merupakan sebuah hadiah harijadi yang terbaik buatnya di samping membawa kegembiraan kepada kedua-dua mereka dan seisi keluarga.

 
        Faris yang berasal dari Wakaf Che Yeh, mula berkenalan dengan Nurul sejak 3 tahun yang lalu, bermula dengan zaman persekolahan di UiTm Shah Alam.
                Faris kini berkhidmat di Pengkalan TLDM Sabah, bertanggungjawab ke atas pembaikpulihan kapal selam, malahan akan keluar bertugas dalam kapal selam selama beberapa hari.
                Nurul pula baru tamat pengajian, kini menjalani praktikum di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan teknologi maklumat.
Tarikh perkahwinan sebenarnya jatuh pada 25hb Disember 2014, malangnya Kota Bharu dibanjiri air pada 24hb Disember 2014, maka mereka terpaksa tundakan tarikh perkahwinan.
“Tanpa didugai, air melimpah sehingga masuk ke rumah setinggi paras pinggang. Walaubagaimanapun, keadaan tahun ini masih tidak seteruk tahun 2004. Nasib baik perhiasan untuk bersanding tidak musnah akibat banjir.”
                Tok Iman dari masjid berdekatan, Ustaz Wan Zulkifli mengendalikan upacara perkahwinan, segala proses berjalan lancar.
                Bapa mertua Faris merupakan bekas pelajar di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu, fasih bertutur dalam bahasa cina. Manakala mak mertua Faris pula adik kepada Wan Abdul Aziz yang menyandang jawatan Jemaah Pengurus dalam Syarikat Lapangan Kapal Terbang Malaysia.
                Nurul merupakan anak sulung dalam 8 orang adik-beradik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!